Saturday, April 30, 2011

LaWAk bUDaK daLAm kELaS

Kisah ini berlaku di sebuah sekolah di negara Malaysia..

Fatimah adalah seorang budak perempuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama, dia tido cam biasa..Ustazah pun tanya soalan, "Siapa orang yang patut kita hormati dan sayangi?"..takde sape jawab..Ada ar sorang budak laki kat belakang Fatimah tu jahat sikit. Dia cocok bontot Fatimah dengan jarum. Fatimah pun menjerit "MAK!!".. Ustazah pun puji Fatimah sebab bagi jawapan yang betol.

Fatimah sambung tido balik..Ustazah tanya lagi soalan.."Sape pencipta alam dan segalanya?"..Budak tu cocok lagi ngan jarum..Fatimah pun menjerit "YA ALLAH!!"..Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol..Fatimah sambung tido balik..Pastu ustazah pun tanya lagi soalan..

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum masuk tido?"..Budak tu cocok lagi..Tapi kali ni Fatimah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"..Ustazah terus pengsan..hahaha...


Kisah ini adalah rekaan semata-mata..jangan marah yerk!!..

jOm kiTa bERgELaK kETaWa

1 - Pilih bulan kelahiran anda :

Januari - Aku cinta
Februari - aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


2 - Pilih nombor tarikh lahir anda :

1 - Mak aki
2 - Komputer aku
3 - Chelsea
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Lampard
9 - Driver bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - mak mertua aku
17 - Boyfren / gurlfren aku
18 - Jiran aku
19 - Mak cik kantin
20 - Scha Al Yahya
21 - Upin ipin
22 - Misha Omar
23 - Spongebob
24 - Lionel Messi
25 - Bapuk / Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja lawak / Akademi fantasia
28 - Tok Mudin
29 - Orang gila
30 - Rozita Che Wan
31 - Awek cun / Jejaka tampan


3 - Pilih warna baju yang anda pakai sekarang :

Putih - Sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat



Kepada yang baca tu (bajet ada orang baca blog aku), kongsi la jawapan anda..kita share bersama..hehehe..

hanya rekaan dan gurauan semata-mata..untuk menghilangkan stress bekerja / belajar / menganggur...

CERIA SELALU !!! :)

Wednesday, April 27, 2011

:: rEd wARriORs pOReBeR ::

K - kalah menang adat permainan
E - esok hari masih ada
L - lebihkan usaha dan mutu permainan
A - anggap kekalahan itu sebagai motivasi
N - nescaya kejayaan menghampiri
T - tanpa mengenal putus asa
A - akan mengharungi segala halangan
N nantikan aura red warriors

F - fans tetap sokong sokmo
A - akan sentiasa berada di belakang Kelantan FA..






GoMo KeLaTe GoMo..!!!
sokongan kami zaman berzaman....

Monday, April 25, 2011

pERaSAaN sAJe tU...




Salah sebuah sekolah menengah dari Simpang Renggam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Dalam perjalanan tersebut, berlakulah satu insiden apabila seorang daripada murid yang mengikuti rombongan tersebut berasa sakit perut hendak membuang air besar yang teramat sangat. Mahu tidak mahu, terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

"Pak cik, boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni...", pinta murid tesebut terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya..."Nak buang air besar??...Hishhh...Perasaan awak saja tu!!...", sahut pemandu  itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah bersimpati pada orang lain.

"Betul pak cik.... Saya memang betul-betul sakit perut ni..", rayu murid itu. "Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata pak cik", balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu.

"Tolonglah pak cik..", rayu murid itu terus. "Beginilah, awak duduklah belakang kerusi pak cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang  air tu.", balas pemandu tersebut.

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian, pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama makin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya kepada murid tadi.

"Eh,,,awak berak ke??Busuknya..!!"

Murid itu pula dengan selamba menjawab,"Hisshhh...Mana ada. Itu perasaan pak cik saja...Saya tak bau apa-apa pun..!!"


Bukan bas yang ini yerk!!



hahahahhaha...padan muka pemandu tu..camne la nasib penumpang bas yang lain erk?hahahaha....


aKiBAt mURiD tERLaMPaU bIJaK...

Seorang guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan di dalam kelasnya....

Cikgu : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Murid : Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Cikgu : HAH! (Terkejut ), lepas tu awak buat apa?

Murid : Saya akan suruh penjahat tu buka seuarnya.

Guru : Habis tu apa yang kamu nak buat ?? (  guru mula khuatir )

Jeng ! Jeng ! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan.



p/s : Wah, bijak betul murid zaman sekarang ni yerk!!!!

mAKciK kANtIn pUNyEr aNGkARa...

Kisah ini telah berlaku di sebuah sekolah di Malaysia..

Tetapi ianya hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Sekadar berkongsi cerita untuk suka-suka sahaja...


Pada suatu hari...

Cikgu : Salleh, saya ada satu soalan untuk kamu..

Salleh : Soalan apa cikgu?

Cikgu : Jika satu kuih berharga 30 sen, kalau 3 biji kuih berapa?

Salleh : Seringgit cikgu!

Cikgu : Salah!! Cikgu tanya, satu kuih 30 sen, kalau 3 berapa?

Salleh : Seringgit cikgu!!!! (Tegas Salleh lagi )

Cikgu : Salah!! Jawapannya 90 sen..

Salleh : Tapi cikgu....Saya beli di kantin mak cik kantin kata 3 biji seringgit..

Cikgu : LOL!


kuih donat

kuih putri ayu



p/s : Benarkah ini terjadi di mana-mana??

Sunday, April 24, 2011

bUaT LimA [ 5 ] pERkARa

Lima perkara yang kita semua mesti lakukan dan usahakan untuk mendapat lima perkara berikutnya.. Oleh itu, kita perlulah sentiasa berusaha dan mengekalkan amalan kita tersebut untuk mendapat hasilnya...

1. Wajah yang cantik - solat Subuh..

2. Duit yang banyak - solat Zohor..

3. Kesihatan yang baik - solat Asar..

4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita - solat Maghrib..


5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan - solat Isyak..


Senang je untuk mendapatkan hasilnya ini..hanya 30 minit je sehari tapi perlulah berterusan melakukannya..



Kata Nabi Muhammad S.A.W. : " Siapa yang meninggalkan solat Subuh tiadalah padanya "nur" di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat Zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar, tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.. "


( Sampaikanlah daripada Nabi SAW itu walaupun satu ayat )


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Surah al-Baqarah ayat 286 )

aDa aPa dENGaN eNaM [ 6 ]








Ada apa dengan enam?Selalunya enam ini digunakan untuk mengira sesuatu...Tapi, terdapat maksud lain bagi enam..Apa itu?


Sebelum Tido :

6 minggu : Selamat malam sayang..mimpi indah2 yer..muahx!!

6 bulan : Tolong matikan lampu tu..silau lah..

6 tahun : Sana sikit lah..tido, kalo tak mengepit tak bole ker??



Pakai Toilet :


6 minggu : Tak apa.. U masuk la dulu, I tak kisah..

6 bulan : Masih lama lagi ke nie?

6 tahun : Dush! dush! dush! (bunyi pintu digegar), kalo nak bertapa pegi la gunung ledang sana!!



Balas SMS :

6 minggu : Ya sayang, jap lagi I sampai rumah U..Sayang, I belikan KFC kegemaran U ye sayang..

6 bulan : Trafik jem lah!

6 tahun : K..



Dating Proses :

6 minggu : I love U! I love U !! I love U!!!

6 bulan : Of course I love U!

6 tahun : Iyalah!! kalo I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??



Pulang Kerja :

6 minggu : Sayang!! I dah balik nih...

6 bulan : I'm back!!

6 tahun : Masak apa hari ni??



Hadiah ( Ulang Tahun ) :

6 minggu : Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U nie..

6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tenga rumah kita..

6 tahun : Nih duit, beli sendirilah apa yang U nak..



Telefon :

6 minggu : Baby, ada yang ingin berbual dengan U nie..

6 bulan : Eh...your call..

6 tahun : Woooiiiii...Telefon bunyi tuh..angkat la!!



Masakan :

6 minggu : Wah, tak sangka I, pandai U masak..rasanya pun sedap..

6 bulan : Kita makan apa malam nie??

6 tahun : Hah??Lauk ni lagi??



Memaafkan : 

6 minggu :Sudahlah, tak apa..dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain erk?

6 bulan : Hati-hati..nanti jatuh tu..

6 tahun : Orang dah bilang berkali-kali pun tak paham!!



Baju Baru :

6 minggu : Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian tu..

6 bulan : Lah..beli baju baru lagi?

6 tahun : Dah berapa ribu habis beli baju tu??



Merancangkan Holiday :

6 minggu : Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau tempat yang U nak Honey?

6 bulan : Kita ke Bukit Bintang aje lar..Senang sikit tak perlu naik flight..

6 tahun : Jalan-jalan?? Duduk rumah aje tak boleh kew? Buang duit je!!



Tengok TV :

6 minggu : Baby, kita nak tengok citer apa malam ni??

6 bulan : sekejap eh, citer best ni..

6 tahun : jangan tukar-tukar boleh tak??



p/s : semoga tak terjadi seperti ini......

bILa pOMpUaN nAiK hANgiN......





Bila pompuan tengah marah marah,
Lebih baik lelaki buat tak endah,
Sebab kalau jawab pun takde pekdah,
Kerna pompuan takkan mudah ngalah..

sedangkan haiwan pun bergaduh berebut "awek"..haha

Bila pompuan tengah naik hangin,
Baik lelaki jangan amek pusing,
Kerna jika lelaki turut sama melenting,
Pompuan akan bertambah bising..

Bila pompuan marah marah lagi,
Lebih baik lelaki diamkan diri,
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi,
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri..

bahaya gak pompuan yerk..hehe

Bila pompuan masih dok sakit hati,
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri,
Kerna silap pujuk pompuan akan bertambah benci,
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati..

Bila pompuan tengah dok berang berang,
Baik lelaki jangan dok cakap sebarangan,
lagipun masa inilah lelaki ada peluang,
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang..

pujuk selagi boleh..jangan mudah ngalah..

Buat semua kaum lelaki di luar sana,
Sila tumpukan perhatian anda,
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata,
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punyer...



p/s : cik awek jangan suka marah yerk..nanti cepat tua..hehe

Monday, April 11, 2011

aKu LaWAn BiNi...

SALAM...

member : oit..bila masa lak hang kawen?siap ada bini lagi...kawen x ajak member pun kan?camni la member..

aku : weh, bila masa lak aku kawen ni..

member : abis 2, yang tajuk hang pun dah terang-terangan bagitaw yang hang dah ada bini?

aku : tu la..lain kali, tanya dulu..ni x, datang2 je trus serbu..salam pun xbagi..apa punye manusia la hang ni...

member : abiz 2, hang cakap la kat aku biar jelas..kang xpasal2 jatuh saham hang sebab orang ingat hang da kawen..hahaha...

aku : yela2..aku cakap..hang dok diam..dengaQ je apa aku nak habaQ mai kat hang...

ok2..dah2..cukup2..marapu2 lak mukaddimah aku..entah hape-hape...

opening aku tu saje jew nak timbulkan provokasi..hahaha..bajet lak ada orang baca belog blog aku ni...mana la tahu kot2 diana danielle, misha omar, or heliza helmi ke baca..kang jeles lak dia..ok, yang tu tipu.. cik awek sila jangan cemburu ok? saya gurau2 saje...

baiklah...

tajuk yang kat atas tu saje je aku nak timbulkan provokasi..
sebenarnya..maksud aku kat tajuk kat atas tu adalah disebabkan oleh..................




jeng..jeng...jeng..jeng...jeng...brape banyak jeng2 la hang ni...


yela2..aku citer la nie...



sebenarnya...



hahaha...ni la sebenarnya maksud aku tu...
aku nak creditkan gambar ni, tapi lupa da aku amek katne..
tuan punyer gambar jangan marah yerk..
takkan ngan sek kito pun nak saman...
maaf dari ambo...


dah paham?
hah?tak paham2 lagi?ish3...cian kat korg yerk...

yela2..aku explain...

camni...bakal orang rumah aku ( insyaAllah ) tu orang Perak..so, untuk 12 April ni terpaksa la bergaduh kejap..hehe..sebab aku da didik skit2 cik awek sal bola..maklumla, dia kena trima hakikat yang bakal suami dia ni minat bola..tapi xdela terlalu fanatik..yela, nama pun da hampir sama ngan APEX @ KHAIRUL FAHMI...hah?sama kat mana?cuba gtaw skit?

yela, keeper 2 nama APEX..aku lak APIEX..bkn ke dekat sama ea?

APIEX bakal menjadi seperti APEX
insyaAllah...

APEX yang kacak sikit daripada APIEX
APIEX hensem banyak daripada APEX


muka APEX memang kacak,,,tapi aku hensem...

rambut pun da hampir sama..hahaha...

tak ea?bia la aku nak cakap apa..ada aku kisah?? wek!!!wek!!!wek!!!

dah2..aku da ngantok nie...

sbelum aku nak landing2 atas katil yang tengah melambai2 kat aku tu...aku nak wish samtin something...

cer teka..cer teka...

aku nak wish, GOOD LUCK kat cik awek yang nak menduduki test speaking for MUET tumororr...maksudnya ari ni la..11 april...gudluk sayang....

dah2..aku ngantok..aku da nak tidow..esok kena bangun awal..
kena g Institut Integriti Malaysia..ada pertandingan pidato kebangsaan...

k la..gudnite eberibudi...

jgn lupa baca doa sebelum tidow..

papai..mamai..

SALAM...

Sunday, April 10, 2011

♥-----aBaH-----♥

.
.
.
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk bertanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih dan sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian?

Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak " Dah cakap, jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata, " Tidak boleh!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita suda dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa risau.

Setelah kita dewasa, aya telah menghantar kita ke sekolah @ kolej untuk belajar. Di saat itulah kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita daripada ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. dan akirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bangga.

Apakah kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan ayah pun berdoa " Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya."

Setelah itu, ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.

Oleh itu, jika kita masih mempunyai ayah, hargailah ayah kita dengan penuh keikhlasan sebelum beliau pergi buat selama-lamanya...

Jika ayah kita telah pergi meninggalkan kita, sentiasalah bersedekah bacaan-bacaan suci al-Quran dan doa-doa daripada anak yang soleh...





Semoga arwah abah, AHMAD BIN DAUD sentiasa dilindungi daripada seksaan kubur dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..amin...

( arwah abah pulang ke Rahmatullah pada : 04 Februari 2008 )





♥-----aBaH-----♥



credits to :

Friday, April 08, 2011

LeTRiK vS aiR

SALAM.....

apa itu letrik?apa itu air?

lektrik atau nama panjangnya elektrik merupakan sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan aliran cas elektrik..

air atau nama omputehnya ialah water...water ni kalau nak buat minum pun boleh..tp law korg nak wt mandi or siram bunga boleh jugak..aku xcakap salah pun..

dah3...banyak plk aku membebel sal "starter" ,kali ni..hahaha....

baiklah, ari ni aku nak gitaw..esok asrama ataupun mek salleh sobut hostel aku xde air ngn letrik..aku ulang skali lagi...TIADA AIR DAN LETRIK!!...

hohoho...esok aku bermandikan peluh la jawabnya kalau aku masih menghuni asrama ni...
yela..xde letrik maknanya xleh buka kipas...panas dan akan berpeluh..nak mandi pulak xde air..terpaksalah aku mandi peluh...at least aku mandi jugak kalau nak dibandingkan dengan kambing yang takot air 2..(kambing2 kt luar sana jangan marah yerk..jangan pulak serang aku macam anjing serang dan gigit  telinga budak hampir putus).....

aku bercadang sempena kehilangan  ketiadaan air dan letrik ni, aku ngn awie botak kole nak gi Moscow Melaka...tapi hanya kitorg berdua aje..mula2 tue sukor sobri kata nak polow kitorg jugak..tp last minute dia kancel...dia ada hal lain..dating?tak..dia budak baik...






ni la awie botak kole..perak mali...



ni sukor sobri..dia budak baik...


so, nak pergi berdua aje sangatlah tidak best...jadi, terpaksalah aku ngan awie botak kole kancel pengembaraan kami...(aku nak panggil mengembara sebab awie cakap nak jadi macam survival..xkenal tempat dan sape2 sambil bawak beg trekking)....

so, esok aku ngn awie botak kole tersangatlah buntu memikirkan untuk meneruskan pengembaraan kami..tidak menemui kata putus cinta untuk menjelajah kat negara mana...

so, sape2 ada cadangan tempat2 yang menarik untuk di "survival"kan oleh kami???

plis2..aku merayu sambil merangkak lagi..tulumlah....tulum...

waaaaaa................

buntu................



dah3...xyah nak nangis guling2...ko 2 da besar dan makin membesar..xyah nak nangis guling2 lagi...

kemanakah destinasi kami esok?nantikan ke"upload"pan gambor dan destinasi percutian letrik dan air kami...

aku gak nak upload gmbar masa kami bertiga pergi PGManiaversary..apa 2?nantikan peng"upload"pannya yerk...

bubye...

mamai..papai....





kERnA eNGkAu....




Kerna engkau...
Aku cuba berubah...
Berubah menjadi seorang yang berguna...
Demi masa depan kita...

Kerna engkau...
Aku lupakan segalanya...
Segala yang pernah aku lalui dulu..
Sebelum aku bertemu denganmu...

Kerna engkau...
Aku mulakan hidup baru...
Hidup baru aku bersamamu..
Penuh ketawa mahupun air mata..

Kerna engkau...
Aku bukan lagi aku yang dulu...
Yang pernah melalui hari gelap...
Bersama dosa dan noda..

Kerna engkau...
Aku berada di sini..
Di jalan yang lurus...
Untuk menjadi arkitek bangsa...

Kerna engkau...
Aku mulakan hidup baru...
Aku buka buku baru...
Buku aku dan juga engkau...

Tanpamu...
Aku mungkin seperti dulu...
Aku mungkin sehina dulu...
Aku mungkin seteruk dulu...
Dan aku mungkin, tidak memilikimu...

Kerna aku tahu...
Hatiku hanya untukmu...
Diriku sebagai bakal suamimu...
Hanya engkau dalam hatiku...

Kerna aku tahu..
Kau amat mencintaiku..
Aku juga mencintai dirimu..
Dirimu yang bernama NOR AZIRAH BT ABDUL LATIF...


- sayaSAYANGawak -

pAnTUn mINyAk pETrOL





Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Minyak RON97 naik dahulu,
Minyak RON95 naik kemudian...


mINyAk nAiK LaGI??

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Nak beli moto laju-laju,
Tapi ingatlah minyak yang nak guna..


ada BRaN?

Pergi ke kedai memakai baju,
baju dipakai si anak teruna,
Negara Malaysia semakin maju,
Tapi rakyatnya hidup merana..


sokonglah saya..undilah saya..
saya akan bantu anda naikkan harga minyak..
hehehe...