Monday, September 05, 2011

1 Tahun 11 Bulan



Alhamdulillah...

Sungguh cepat masa berlalu..pejam celik pejam celik...

Aku dengan cik awek dah 1 tahun 11 bulan rupanya...

Semoga hubungan aku dengan cik awek berkekalan hingga ke :

1) Jinjang pelamin

2) Anak cucu

3) Akhir hayat

4) Hingga ke syurga....


sweet tak?hehe

pEn sANgAt bERNiLai..hARgaINya!!


aku sebatang pen



Hilang pen - tak boleh buat kerja sekolah

Tak buat kerja sekolah - tak pandai

Tak pandai - fail SPM

Fail SPM - tak dapat masuk U

Tak dapat masuk U - takde ijazah

Takde ijazah - tak dapat kerja

Tak dapat kerja - takde duit

Takde duit - kusut masai

Kusut masai - tak hensem

Tak hensem - takde awek

Takde awek - tak boleh kawen

Tak boleh kawen - takde anak

Takde anak - lonely

Lonely - tertekan

Tertekan - bunuh diri!!





WARNING - JANGAN HILANG PEN!!!
hahahaha...

Friday, July 22, 2011

~ hAPpY bIRtHDaY sAYaNg ~

Entri kali ni aku buat khas untuk Cik Awek tersayang...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-21 buat Nor Azirah Binti Abdul Latif...

semoga awak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia..

semoga awak sentiasa bahagia setiap masa di samping orang tersayang..

semoga awak sentiasa diberikan keberkatan dalam hidup..



awak da makin tua..so, tak boleh nak merajuk2 lagi tau..

awak kena jadi insan yang kuat, tak boleh lemah2..jangan biar orang lain pijak kepala awak..



da makin berusia nie, kena la kawen cepat2 skit..hehe..

tak sabar ni..hehe


~ ePpIeY bUFdAeH cAYaNk ~

saya sayang awak sangat2...

Tuesday, July 19, 2011

bILa bUFdAeH CiK aWeK mENjELmA

Birthday cik awek akan menjelma tak lama lagi..

boleh tak korang bagi cadangan sikit kat mana nak bawak cik awek sambut birthday dia?

tengah ada duit ni, boleh la nak bawak cik awek gi jalan2 sambut befday..law takde duit, makan nasi goreng kampung+telur mata la jawabnya..haha..

so, law boleh, nak la bagi spesel skit masa befday cik awek ni..maklumla, bila da sayang, semua nak bagi spesel..

law bawak g genting highlands macam ni boleh kew?



ke nak bawak g sunway lagoon kat sini?



ke nak main ice skating kat sunway piramid?best kew?tapi cik awek xnak main benda alah ni,,katanya sakit law jatuh..so, xleh la paksa2 cik awek main benda ni kalau dia xnak..




so, boleh tak korang bagi cadangan sikit?plesssss.....

12 Bukti Kamu Jatuh Cinta



- hAPpY eNDiNg -


12 : Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11 : Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10 : Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

09 : Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

08 : Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia.

06 : Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

05 : Kamu perasan kamu sentiasa tersenyum apabila kamu memandangnya.

04 : Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

03 : Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

02 : Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh tiada.

01 : Kamu akan balik ke atas untuk memastikan nombor tujuh benar-benar tiada dan kamu akan tergelak
       sendiri.


- aWaK mANiS bILa tERsENyUm -

Sunday, May 29, 2011

siNDiRaN tELaDaN

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya :

RM1 : Oit, lama tak nampak, mana hang p?

RM50 : Aku p merata tempat.. P stadium tengok bola, konsert AF, shopping complex, tengok wayang, kedai kreta, McD dan macam-macam la..Hang p mana?apa crita?

RM1 : Hmmm..Aku macam biasalah..balik-balik tempat yang sama..SURAU..MASJID..SURAU..MASJID...


rasa macam kena hempuk ngan KLCC je aku rasa...hohoho




Jom ke surau??

Jom tengok wayang??

mURiD oH mURiD

Situasi ni berlaku semasa seorang cikgu mengajar di sekolah rendah di pinggir kota...


Subjek yang sedang di ajar oleh cikgu tersebut ialah Bahasa Melayu...



Cikgu : Baiklah murid2, hari ni cikgu nak kamu semua buat ayat menggunakan "kah". ok?

Murid : Boleh cikgu..

Maka bermulalah sesi membuat ayat..

Cikgu : Cikgu nak kamu semua bacakan ayat kamu..Lina, kamu mulakan..

Lina : Apakah nama kamu?

Cikgu : Boleh tahan, bagus2. Ali?

Ali : Kakak saya akan berkahwin minggu depan.

Cikgu : Aik? Mana "kah" kamu?

Ali : KAHwin cikgu!

Cikgu : Eemmm..Ok lah..(tahan bengang) kamu pulak Mamat?

Mamat : Minggu depan, atuk dan nenek akan ke Mekah.

Cikgu : Ni lagi sorang, mana "kah" awak?

Mamat : MeKAH cikgu. Tu pun nak kena ajar..

Cikgu dah teramat bengang. Dalam dia ada pelajar yang memerhatikan reaksi mukanya..

Cikgu : Baiklah murid2, cikgu dah pening ni. Kamu buatlah kerja kamu..

Tiba2, pelajar yang memerhatikan cikgu tadi bangun dan cakap...

Murid : Cikgu, saya tahu mesti cikgu pening dengan diorang. Saya ada ayat yang boleh wat cikgu rasa gembira.. Ayat saya : KAH!KAH!KAH!

Cikgu : Arrgghhhhhh!!!!

nak cikgu nie boleh???
hehehe...

Saturday, May 28, 2011

Bila usop ada usopbook...






Beginilah rasanya usopbook yang dibuat oleh pesbook...

Mesti kat Malaysia ni dah tak femes pesbook zukerberg ni..

hahaha...


mesti cengghini la jadinya bila mengkeme2 ni dok komen2...


Korang menipu bila.....



Korang menipu bila...

cakap "takpe2" tyme ada orang rosakkan barang korang..
tambah2 barang tu bf/gf korang yang bagi..
padahal masa tu hati korang macam kena cincang

Korang menipu bila...

buat2 macam takde perasaan
time ada orang maki hamun korang
macam sampah...

Korang menipu bila...

cakap tak jeles time korang tahu
bestfren korang rapat dengan orang lain,
tambah2 orang yang dia rapat tu
memang korang tak suka..

Korang menipu bila...

tak rasa marah sikit pun time
orang ganggu korang tidur..
tambah2 kalau masa tu korang
baru je terlelap..

Korang menipu bila...

tak cemburu tengok ex-bf/gf korang tengah
bahagia dengan awek/balak baru..
padahal dalam hati korang rasa nak
pegi BOM je diorang tu..

Korang menipu bila...

cakap tak kecik hati time ada orang kutuk2
family korang..
ni part yang paling sensitif!

Korang menipu bila...

tak kecik hati@jeles tahap gaban
bila tahu bf/gf korang
still berhubung dengan ex diorang..

Korang menipu bila...

cakap takde apa2
time korang tahu korang kena tipu..

Korang menipu bila...

tak rasa kecewa time korang dapat markah rendah,
tambah2 kalau korang memang 
dah usaha giler2..

Korang menipu bila...

cakap cite iron man & transformer tak best..
dan korang lagi menipu kalau cakap
cite hantu kak limah sedih!!

lastly,

Korang menipu bila...

cakap yang entry aku ni sikit pun takde
kaitan ngn korang semua..



hahaha...

- K - E - L - A - N - T - A - N -

- tANaH tUMpAh dARaHkU -


K - kalau

E - engkau

L - lupa

A - Allah

N - nescaya

T - tempatmu

A - adalah

N - neraka




fikir-fikirkan lah wahai anak ADAM...

- aBaNg vs aYAnG -

Memula, korang baca la dulu yerk...
Pastu, korang nilai sapa yang salah agaknya??

Memula sekali, ayang anto surat kat abang..

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini. Kereta baru abang tu mahal. Harga mencecah 100K barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu, dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Nak taw ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. Tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.

Kereta sebulan skali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pergi salon setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa-lawa. Tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada. Ayang nak makan pizza sekeping jer masa ngidam anak kedua kita abang kata ayang ngada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar abang boleh gelak.

Paling menyedihkan, ayang tanya ngape abang tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang. Kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa. Tak nak naik kereta abang takut calar. Ayang calar takpe. Jaga diri elok-elok. Sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama, sekolah buka ayang balik lah dengan anak-anak..Pesanan ayang :

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITUGOSOKKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU TEMANKAH ABANG TIDUR

Love,
-ayang-

Ni si abang lak bagi...

Dear ayang,
Bukanlah abang sayang keta abang tu lebih dari ayang. Tapi ayang kena faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sape nak ganti? Abang suruh keja ayang tak nak, ayang kata nak duk rumah jaga anak, nak siapkan sarapan, nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bangun kul 12. Macam mana nak wat keja umah.

Cubalah ayang pikir mana tak nya abang tido lam keta. Abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu. Bukannya abang gi foya2 kan abang gi keja. Lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu, ayang nak piza yang di order dr jepun. manalah abang ada duit nak order. Abang bagi apam balik yang jual kat depan ofis abang ni  ayang tak nak, ayang nak jugak piza dr jepun. Nasib baik abang tak belikan, kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam doremon. Ish3..Tak nak abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyikan kat dapur. Ayang yang tersalah buang ingatkan sampah. Tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jek. Hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.

Sebenarnya abang sayang ayang lebih dari keta tu walau pun hantaran masa kita kawen cuma 8K. Ayang tak taw bape kali abang turun naik bank wat loan 8K. Tapi demi ayang abang wat jugak.

Sebab masa tu ayang kalau mekap memang sebijik maya karin. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dalam citer PHSM. Bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu gi cukur watpe? Walaupun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak yah nak cukur kening ayang tu.

Pasal morning kisstu, ayang bangun pun dah tengahari, nak morning kiss cam mana?Dah la ayang, abang malas nak citer.

Tpi abang nak bagi tau jugak kat sini ayang tetap no 1 dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu bebaik, ayang nak balik kampung abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam kat mak ayah kat sana. Kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangan lupa bawak balik sikit.

Kalau ada lembu  terlepas ke ayang tak yah la susah2 gi kejar lembu tu. Biar jek. Nanti abang balik kampung abang kejarkan. Bukan apa, takot lembu tu tanduk ayang nanti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital, abang kena tanduk takpe.

Jaga anak2 baik2. Jangan bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni. Nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru. Baik jaga jek yang dah ada tu. Ayang pun jaga diri baik2. Jangan sampai jatuh longkang lagi. hehe. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak wat macam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang. Dah la rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang ketawa..hahahahahahahaha!!!

Love,
- abang -


So, sape yang salah dan sape yang betul??

Boss, nak balik awal boleh??

Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari.
Sesiapa yang nak mintak balik 5 jam lebih awal hari tersebut dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh digunakan.

Haaa!!Alasannya mestilah pasal SEMBAHYANG sahaja! Lepas heboh pasal tu, ader 4 orang pekerja datang berjumpa dengan boss ni...

Mula-mula seorang kerani :

Kerani : Boss, boleh saya balik awal?Saya balik nak solat kat rumah boss, boleh tak?
Boss : Tak boleh!! kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah kat sini lagi banyak pahala!

Kemudian, datang pula seorang supervisor :

Supervisor : Saya bulih balik awai kut boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembayang zohor ke tak?Ntah-ntah dia ponteng...
Bos : Tak boleh balik!! Hang tepon saje bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib :

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal apa pulak ni?Nak balik awal jugak ker?
Pengurus : Errrr!!Ya boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa pulak engko ni?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembayang jenazah..! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak boleh!!! Itu fardu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah! Pergi buat kerja!!

Tiba pula giliran Mat Peon :

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??Ha! Kalu gitu awak baliklah..Lesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Tima kacih boss!!! Wahahahahahahahah!!


Ni balik sembayang ke apa??

Tuesday, May 17, 2011

pERwATaKaN gURu

Sempena Hari Guru semalam...masih panas lagi sambutannya..maklumlah..aku kan bakal guru..so, terasa jugalah bahang kehangatan sambutan Hari Guru dalam diri aku ni..

Ari ni aku nak bebel pasal perwatakan cikgu2 kt luar sana ataupun bakal2 cikgu yg akan wujud..

bak kata aku sendiri : GURU IALAH MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA...

so, cikgu2 kt luar sana ada macam2 perwatakan mereka...

CIKGU GARANG :
Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

CIKGU LEMBUT :
Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud aww...Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, awww, eh?Bukan!! Membentuk ketegangan dalam berjuang.

CIKGU LAWAK :
Ini kompem antara peveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

CIKGU MESRA :
Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

CIKGU PENYERI :
Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ini tidak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri. Terima kasih cikgu penyeri.

CIKGU TERSAYANG :
Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima ksih cikgu tersayang.

CIKGU TERAGUNG :
Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan dilakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah S.A.W. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.

Kalau cikgu camni korang suka tak??
kompem suka
kan??kan??kan??


(credit to ATIK )

Sunday, May 15, 2011

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusan belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Diala ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di ulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...


USMAN AWANG
1979....

:: sELaMaT hARi gURu & sELAmAT hARi cIKgU ::

Salam...

Pertama sekali aku nak mntak maaf la yerk sebab da lama tak menghapdate benda alah ni..nak kata aku ni buzy xde la sangat..cuma malas jew..hahaha...

baiklah..kita straight to da point okeyh?...

eSok genap 16 MEI 2011...bermakna kita semua akan menyambut hari guru..aku yang juga bakal seorang guru tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan perayaan ini...maklum lah..kata orang, GURU itu ARKITEK BANGSA!!... MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA..

pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih dan ku susun sepuluh jari kepada semua cikgu2 aku.. kat cikgu yg mengajar aku masa aku tadika, prasekolah, cikgu2 Sekolah Kebangsaan Tumpat, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Maktab Rendah Sains MARA Besut, Kolej MARA Kuala Nerang dan yang terkini, pensyarah2 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu..

segala jasa kalian amat saya hargai dan akan saya gunakan seluruh ilmu yang telah kalian curahkan kepada saya untuk berbakti dalam memanusiakan manusia di muka bumi ALLAH ini..

sesungguhnya bidang keguruan ini merupakan bidang yang mulia..

tidak dilupakan juga buat kawan2 yang sekarang ini bersama2 aku berjuang dalam profesion keguruan ini..
segala jasa dan pengorbanan kalian membantu aku merealisasikan impian menjadi seorang guru...

akhir kata, SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 di muka bumi ALLAH ini..
semoga kalian semua terus memperjuangkan martabat keguruan ini...

ni gambar dak2 kelas aku..PISMP Kumpulan B Januari 2010

gambar oleh : NORAIDA SELAMAT

Sunday, May 08, 2011

KeRANa diRimU bEGiTu bERhaRGa hAWa

Anda keseorangan?? Berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik hotel??

Anda perlu tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berfikir ada ke orang sedang perhatikan segala perlakuan anda...

Buat kaum hawa khususnya, berhati-hatilah bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan kemudahan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mana tu? Teruskan pembacaan anda..

Pernah terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang sedang khusyuk memerhatikan anda di sebelah cermin sana?? Akan bertambah haru-biru lagi jika gambar anda  dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..wah!!!! Sangat berbahaya!!

Oleh itu, kita perlu memastikan cermin yang digunakan itu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah sejenis cermin yang orang di sebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka..

Bagaimana kita ingin bezakannya?? Mari kita lihat foto di bawah..dan fahamlah dengan teliti demi menjaga maruah anda semua..

Ini adalah cermin biasa..Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar,
hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Ini cermin 2 arah.. Apabila anda letakkan hujung jari anda, hujung kuku anda nampak bertemu
dan tiada ruang antaranya, maka,
AWAS!! anda sedang diperhatikan!!


Foto di atas dapat memahami anda??

Jadi, berhati-hatilah anda selepas ini..Ini demi masa depan dan maruah anda!!

Monday, May 02, 2011

BiLA si aWeK mERajUk

Salam...

MERAJUK adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi ini...

-mERajUk-


Jom kita layan...zaaassssss............


1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang :
Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goalkeeper. Tidak sia-sia selalu jadi keeper masa main bola @ futsal.
(Kalau baling bom, jangan gatai-gatai nak sambut lak)


janganla merajuk sampai tepi sungai..
ada buaya..makan budak!!


2. Bila awek mula menjerit tak pasal-pasal, menengking, membebel tanpa henti :
Anda menyayilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya anda menunjukkan suara anda sehebat Yusry KRU, Black (Mentor), atau pun Jamal Abdillah.
(kalau rasa suara sumbang tu, tak payah la nyanyi, nantikan hujan pulak)


alolor..xnak la merajuk2 ea?


3. Bila awek anda tenung macam nak telan (garang la kononnya) :
Anda senyum jek, pandang si dia! Inilah masanya anda tunjuk betapa comelnya muka anda ketika senyum!
(pastikan anda menggosok gigi sebelum tu)


nape sorok muka?ada jerawat ea?


4. Bila awek anda ambil semua barang-barang dia ala-ala nak lari dari rumah :
Tolong kemaskan barang-barang dia bersama-sama. Ambil semua barang-barang dia, masukkan dalam plastik sampah kaler hitam tu. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajin, ringan tulang, dan mempunyai semangat bergotong-royong sert suka membantu.
(jangan masukkan sekali awek anda dalam plastik sampah tu)


udoh2 ler merajok tu..
kang makin cepat tua..
hehehe


5. Bila awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkn air mata :
Anda ketawalah terbahak-bahak hingga terguling-guling. Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sediih dan terluka!
(jangan pulak anda gelak masa dia sedang terluka akibat tak tahan nak buang air besar)


ha, kan lawa law xmerajok..
ni yang makin sayang ni..
hehe



Selamat mencuba!!!



p/s : cik awek jangan marah yerk..ni saya bagi cadangan untuk orang lain..bukannya saya nak buat kt awak..kalau nak try ley gak..hehe

Saturday, April 30, 2011

LaWAk bUDaK daLAm kELaS

Kisah ini berlaku di sebuah sekolah di negara Malaysia..

Fatimah adalah seorang budak perempuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama, dia tido cam biasa..Ustazah pun tanya soalan, "Siapa orang yang patut kita hormati dan sayangi?"..takde sape jawab..Ada ar sorang budak laki kat belakang Fatimah tu jahat sikit. Dia cocok bontot Fatimah dengan jarum. Fatimah pun menjerit "MAK!!".. Ustazah pun puji Fatimah sebab bagi jawapan yang betol.

Fatimah sambung tido balik..Ustazah tanya lagi soalan.."Sape pencipta alam dan segalanya?"..Budak tu cocok lagi ngan jarum..Fatimah pun menjerit "YA ALLAH!!"..Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol..Fatimah sambung tido balik..Pastu ustazah pun tanya lagi soalan..

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum masuk tido?"..Budak tu cocok lagi..Tapi kali ni Fatimah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"..Ustazah terus pengsan..hahaha...


Kisah ini adalah rekaan semata-mata..jangan marah yerk!!..

jOm kiTa bERgELaK kETaWa

1 - Pilih bulan kelahiran anda :

Januari - Aku cinta
Februari - aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


2 - Pilih nombor tarikh lahir anda :

1 - Mak aki
2 - Komputer aku
3 - Chelsea
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Lampard
9 - Driver bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - mak mertua aku
17 - Boyfren / gurlfren aku
18 - Jiran aku
19 - Mak cik kantin
20 - Scha Al Yahya
21 - Upin ipin
22 - Misha Omar
23 - Spongebob
24 - Lionel Messi
25 - Bapuk / Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja lawak / Akademi fantasia
28 - Tok Mudin
29 - Orang gila
30 - Rozita Che Wan
31 - Awek cun / Jejaka tampan


3 - Pilih warna baju yang anda pakai sekarang :

Putih - Sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat



Kepada yang baca tu (bajet ada orang baca blog aku), kongsi la jawapan anda..kita share bersama..hehehe..

hanya rekaan dan gurauan semata-mata..untuk menghilangkan stress bekerja / belajar / menganggur...

CERIA SELALU !!! :)

Wednesday, April 27, 2011

:: rEd wARriORs pOReBeR ::

K - kalah menang adat permainan
E - esok hari masih ada
L - lebihkan usaha dan mutu permainan
A - anggap kekalahan itu sebagai motivasi
N - nescaya kejayaan menghampiri
T - tanpa mengenal putus asa
A - akan mengharungi segala halangan
N nantikan aura red warriors

F - fans tetap sokong sokmo
A - akan sentiasa berada di belakang Kelantan FA..






GoMo KeLaTe GoMo..!!!
sokongan kami zaman berzaman....

Monday, April 25, 2011

pERaSAaN sAJe tU...




Salah sebuah sekolah menengah dari Simpang Renggam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Dalam perjalanan tersebut, berlakulah satu insiden apabila seorang daripada murid yang mengikuti rombongan tersebut berasa sakit perut hendak membuang air besar yang teramat sangat. Mahu tidak mahu, terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

"Pak cik, boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni...", pinta murid tesebut terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya..."Nak buang air besar??...Hishhh...Perasaan awak saja tu!!...", sahut pemandu  itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah bersimpati pada orang lain.

"Betul pak cik.... Saya memang betul-betul sakit perut ni..", rayu murid itu. "Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata pak cik", balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu.

"Tolonglah pak cik..", rayu murid itu terus. "Beginilah, awak duduklah belakang kerusi pak cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang  air tu.", balas pemandu tersebut.

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian, pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama makin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya kepada murid tadi.

"Eh,,,awak berak ke??Busuknya..!!"

Murid itu pula dengan selamba menjawab,"Hisshhh...Mana ada. Itu perasaan pak cik saja...Saya tak bau apa-apa pun..!!"


Bukan bas yang ini yerk!!



hahahahhaha...padan muka pemandu tu..camne la nasib penumpang bas yang lain erk?hahahaha....


aKiBAt mURiD tERLaMPaU bIJaK...

Seorang guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan di dalam kelasnya....

Cikgu : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Murid : Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Cikgu : HAH! (Terkejut ), lepas tu awak buat apa?

Murid : Saya akan suruh penjahat tu buka seuarnya.

Guru : Habis tu apa yang kamu nak buat ?? (  guru mula khuatir )

Jeng ! Jeng ! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan.



p/s : Wah, bijak betul murid zaman sekarang ni yerk!!!!

mAKciK kANtIn pUNyEr aNGkARa...

Kisah ini telah berlaku di sebuah sekolah di Malaysia..

Tetapi ianya hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Sekadar berkongsi cerita untuk suka-suka sahaja...


Pada suatu hari...

Cikgu : Salleh, saya ada satu soalan untuk kamu..

Salleh : Soalan apa cikgu?

Cikgu : Jika satu kuih berharga 30 sen, kalau 3 biji kuih berapa?

Salleh : Seringgit cikgu!

Cikgu : Salah!! Cikgu tanya, satu kuih 30 sen, kalau 3 berapa?

Salleh : Seringgit cikgu!!!! (Tegas Salleh lagi )

Cikgu : Salah!! Jawapannya 90 sen..

Salleh : Tapi cikgu....Saya beli di kantin mak cik kantin kata 3 biji seringgit..

Cikgu : LOL!


kuih donat

kuih putri ayu



p/s : Benarkah ini terjadi di mana-mana??

Sunday, April 24, 2011

bUaT LimA [ 5 ] pERkARa

Lima perkara yang kita semua mesti lakukan dan usahakan untuk mendapat lima perkara berikutnya.. Oleh itu, kita perlulah sentiasa berusaha dan mengekalkan amalan kita tersebut untuk mendapat hasilnya...

1. Wajah yang cantik - solat Subuh..

2. Duit yang banyak - solat Zohor..

3. Kesihatan yang baik - solat Asar..

4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita - solat Maghrib..


5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan - solat Isyak..


Senang je untuk mendapatkan hasilnya ini..hanya 30 minit je sehari tapi perlulah berterusan melakukannya..



Kata Nabi Muhammad S.A.W. : " Siapa yang meninggalkan solat Subuh tiadalah padanya "nur" di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat Zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar, tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.. "


( Sampaikanlah daripada Nabi SAW itu walaupun satu ayat )


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Surah al-Baqarah ayat 286 )

aDa aPa dENGaN eNaM [ 6 ]








Ada apa dengan enam?Selalunya enam ini digunakan untuk mengira sesuatu...Tapi, terdapat maksud lain bagi enam..Apa itu?


Sebelum Tido :

6 minggu : Selamat malam sayang..mimpi indah2 yer..muahx!!

6 bulan : Tolong matikan lampu tu..silau lah..

6 tahun : Sana sikit lah..tido, kalo tak mengepit tak bole ker??



Pakai Toilet :


6 minggu : Tak apa.. U masuk la dulu, I tak kisah..

6 bulan : Masih lama lagi ke nie?

6 tahun : Dush! dush! dush! (bunyi pintu digegar), kalo nak bertapa pegi la gunung ledang sana!!



Balas SMS :

6 minggu : Ya sayang, jap lagi I sampai rumah U..Sayang, I belikan KFC kegemaran U ye sayang..

6 bulan : Trafik jem lah!

6 tahun : K..



Dating Proses :

6 minggu : I love U! I love U !! I love U!!!

6 bulan : Of course I love U!

6 tahun : Iyalah!! kalo I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??



Pulang Kerja :

6 minggu : Sayang!! I dah balik nih...

6 bulan : I'm back!!

6 tahun : Masak apa hari ni??



Hadiah ( Ulang Tahun ) :

6 minggu : Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U nie..

6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tenga rumah kita..

6 tahun : Nih duit, beli sendirilah apa yang U nak..



Telefon :

6 minggu : Baby, ada yang ingin berbual dengan U nie..

6 bulan : Eh...your call..

6 tahun : Woooiiiii...Telefon bunyi tuh..angkat la!!



Masakan :

6 minggu : Wah, tak sangka I, pandai U masak..rasanya pun sedap..

6 bulan : Kita makan apa malam nie??

6 tahun : Hah??Lauk ni lagi??



Memaafkan : 

6 minggu :Sudahlah, tak apa..dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain erk?

6 bulan : Hati-hati..nanti jatuh tu..

6 tahun : Orang dah bilang berkali-kali pun tak paham!!



Baju Baru :

6 minggu : Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian tu..

6 bulan : Lah..beli baju baru lagi?

6 tahun : Dah berapa ribu habis beli baju tu??



Merancangkan Holiday :

6 minggu : Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau tempat yang U nak Honey?

6 bulan : Kita ke Bukit Bintang aje lar..Senang sikit tak perlu naik flight..

6 tahun : Jalan-jalan?? Duduk rumah aje tak boleh kew? Buang duit je!!



Tengok TV :

6 minggu : Baby, kita nak tengok citer apa malam ni??

6 bulan : sekejap eh, citer best ni..

6 tahun : jangan tukar-tukar boleh tak??



p/s : semoga tak terjadi seperti ini......

bILa pOMpUaN nAiK hANgiN......





Bila pompuan tengah marah marah,
Lebih baik lelaki buat tak endah,
Sebab kalau jawab pun takde pekdah,
Kerna pompuan takkan mudah ngalah..

sedangkan haiwan pun bergaduh berebut "awek"..haha

Bila pompuan tengah naik hangin,
Baik lelaki jangan amek pusing,
Kerna jika lelaki turut sama melenting,
Pompuan akan bertambah bising..

Bila pompuan marah marah lagi,
Lebih baik lelaki diamkan diri,
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi,
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri..

bahaya gak pompuan yerk..hehe

Bila pompuan masih dok sakit hati,
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri,
Kerna silap pujuk pompuan akan bertambah benci,
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati..

Bila pompuan tengah dok berang berang,
Baik lelaki jangan dok cakap sebarangan,
lagipun masa inilah lelaki ada peluang,
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang..

pujuk selagi boleh..jangan mudah ngalah..

Buat semua kaum lelaki di luar sana,
Sila tumpukan perhatian anda,
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata,
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punyer...



p/s : cik awek jangan suka marah yerk..nanti cepat tua..hehe

Monday, April 11, 2011

aKu LaWAn BiNi...

SALAM...

member : oit..bila masa lak hang kawen?siap ada bini lagi...kawen x ajak member pun kan?camni la member..

aku : weh, bila masa lak aku kawen ni..

member : abis 2, yang tajuk hang pun dah terang-terangan bagitaw yang hang dah ada bini?

aku : tu la..lain kali, tanya dulu..ni x, datang2 je trus serbu..salam pun xbagi..apa punye manusia la hang ni...

member : abiz 2, hang cakap la kat aku biar jelas..kang xpasal2 jatuh saham hang sebab orang ingat hang da kawen..hahaha...

aku : yela2..aku cakap..hang dok diam..dengaQ je apa aku nak habaQ mai kat hang...

ok2..dah2..cukup2..marapu2 lak mukaddimah aku..entah hape-hape...

opening aku tu saje jew nak timbulkan provokasi..hahaha..bajet lak ada orang baca belog blog aku ni...mana la tahu kot2 diana danielle, misha omar, or heliza helmi ke baca..kang jeles lak dia..ok, yang tu tipu.. cik awek sila jangan cemburu ok? saya gurau2 saje...

baiklah...

tajuk yang kat atas tu saje je aku nak timbulkan provokasi..
sebenarnya..maksud aku kat tajuk kat atas tu adalah disebabkan oleh..................




jeng..jeng...jeng..jeng...jeng...brape banyak jeng2 la hang ni...


yela2..aku citer la nie...



sebenarnya...



hahaha...ni la sebenarnya maksud aku tu...
aku nak creditkan gambar ni, tapi lupa da aku amek katne..
tuan punyer gambar jangan marah yerk..
takkan ngan sek kito pun nak saman...
maaf dari ambo...


dah paham?
hah?tak paham2 lagi?ish3...cian kat korg yerk...

yela2..aku explain...

camni...bakal orang rumah aku ( insyaAllah ) tu orang Perak..so, untuk 12 April ni terpaksa la bergaduh kejap..hehe..sebab aku da didik skit2 cik awek sal bola..maklumla, dia kena trima hakikat yang bakal suami dia ni minat bola..tapi xdela terlalu fanatik..yela, nama pun da hampir sama ngan APEX @ KHAIRUL FAHMI...hah?sama kat mana?cuba gtaw skit?

yela, keeper 2 nama APEX..aku lak APIEX..bkn ke dekat sama ea?

APIEX bakal menjadi seperti APEX
insyaAllah...

APEX yang kacak sikit daripada APIEX
APIEX hensem banyak daripada APEX


muka APEX memang kacak,,,tapi aku hensem...

rambut pun da hampir sama..hahaha...

tak ea?bia la aku nak cakap apa..ada aku kisah?? wek!!!wek!!!wek!!!

dah2..aku da ngantok nie...

sbelum aku nak landing2 atas katil yang tengah melambai2 kat aku tu...aku nak wish samtin something...

cer teka..cer teka...

aku nak wish, GOOD LUCK kat cik awek yang nak menduduki test speaking for MUET tumororr...maksudnya ari ni la..11 april...gudluk sayang....

dah2..aku ngantok..aku da nak tidow..esok kena bangun awal..
kena g Institut Integriti Malaysia..ada pertandingan pidato kebangsaan...

k la..gudnite eberibudi...

jgn lupa baca doa sebelum tidow..

papai..mamai..

SALAM...