Sunday, May 29, 2011

mURiD oH mURiD

Situasi ni berlaku semasa seorang cikgu mengajar di sekolah rendah di pinggir kota...


Subjek yang sedang di ajar oleh cikgu tersebut ialah Bahasa Melayu...



Cikgu : Baiklah murid2, hari ni cikgu nak kamu semua buat ayat menggunakan "kah". ok?

Murid : Boleh cikgu..

Maka bermulalah sesi membuat ayat..

Cikgu : Cikgu nak kamu semua bacakan ayat kamu..Lina, kamu mulakan..

Lina : Apakah nama kamu?

Cikgu : Boleh tahan, bagus2. Ali?

Ali : Kakak saya akan berkahwin minggu depan.

Cikgu : Aik? Mana "kah" kamu?

Ali : KAHwin cikgu!

Cikgu : Eemmm..Ok lah..(tahan bengang) kamu pulak Mamat?

Mamat : Minggu depan, atuk dan nenek akan ke Mekah.

Cikgu : Ni lagi sorang, mana "kah" awak?

Mamat : MeKAH cikgu. Tu pun nak kena ajar..

Cikgu dah teramat bengang. Dalam dia ada pelajar yang memerhatikan reaksi mukanya..

Cikgu : Baiklah murid2, cikgu dah pening ni. Kamu buatlah kerja kamu..

Tiba2, pelajar yang memerhatikan cikgu tadi bangun dan cakap...

Murid : Cikgu, saya tahu mesti cikgu pening dengan diorang. Saya ada ayat yang boleh wat cikgu rasa gembira.. Ayat saya : KAH!KAH!KAH!

Cikgu : Arrgghhhhhh!!!!

nak cikgu nie boleh???
hehehe...

No comments:

Post a Comment