Sunday, May 29, 2011

siNDiRaN tELaDaN

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya :

RM1 : Oit, lama tak nampak, mana hang p?

RM50 : Aku p merata tempat.. P stadium tengok bola, konsert AF, shopping complex, tengok wayang, kedai kreta, McD dan macam-macam la..Hang p mana?apa crita?

RM1 : Hmmm..Aku macam biasalah..balik-balik tempat yang sama..SURAU..MASJID..SURAU..MASJID...


rasa macam kena hempuk ngan KLCC je aku rasa...hohoho




Jom ke surau??

Jom tengok wayang??

mURiD oH mURiD

Situasi ni berlaku semasa seorang cikgu mengajar di sekolah rendah di pinggir kota...


Subjek yang sedang di ajar oleh cikgu tersebut ialah Bahasa Melayu...



Cikgu : Baiklah murid2, hari ni cikgu nak kamu semua buat ayat menggunakan "kah". ok?

Murid : Boleh cikgu..

Maka bermulalah sesi membuat ayat..

Cikgu : Cikgu nak kamu semua bacakan ayat kamu..Lina, kamu mulakan..

Lina : Apakah nama kamu?

Cikgu : Boleh tahan, bagus2. Ali?

Ali : Kakak saya akan berkahwin minggu depan.

Cikgu : Aik? Mana "kah" kamu?

Ali : KAHwin cikgu!

Cikgu : Eemmm..Ok lah..(tahan bengang) kamu pulak Mamat?

Mamat : Minggu depan, atuk dan nenek akan ke Mekah.

Cikgu : Ni lagi sorang, mana "kah" awak?

Mamat : MeKAH cikgu. Tu pun nak kena ajar..

Cikgu dah teramat bengang. Dalam dia ada pelajar yang memerhatikan reaksi mukanya..

Cikgu : Baiklah murid2, cikgu dah pening ni. Kamu buatlah kerja kamu..

Tiba2, pelajar yang memerhatikan cikgu tadi bangun dan cakap...

Murid : Cikgu, saya tahu mesti cikgu pening dengan diorang. Saya ada ayat yang boleh wat cikgu rasa gembira.. Ayat saya : KAH!KAH!KAH!

Cikgu : Arrgghhhhhh!!!!

nak cikgu nie boleh???
hehehe...

Saturday, May 28, 2011

Bila usop ada usopbook...






Beginilah rasanya usopbook yang dibuat oleh pesbook...

Mesti kat Malaysia ni dah tak femes pesbook zukerberg ni..

hahaha...


mesti cengghini la jadinya bila mengkeme2 ni dok komen2...


Korang menipu bila.....



Korang menipu bila...

cakap "takpe2" tyme ada orang rosakkan barang korang..
tambah2 barang tu bf/gf korang yang bagi..
padahal masa tu hati korang macam kena cincang

Korang menipu bila...

buat2 macam takde perasaan
time ada orang maki hamun korang
macam sampah...

Korang menipu bila...

cakap tak jeles time korang tahu
bestfren korang rapat dengan orang lain,
tambah2 orang yang dia rapat tu
memang korang tak suka..

Korang menipu bila...

tak rasa marah sikit pun time
orang ganggu korang tidur..
tambah2 kalau masa tu korang
baru je terlelap..

Korang menipu bila...

tak cemburu tengok ex-bf/gf korang tengah
bahagia dengan awek/balak baru..
padahal dalam hati korang rasa nak
pegi BOM je diorang tu..

Korang menipu bila...

cakap tak kecik hati time ada orang kutuk2
family korang..
ni part yang paling sensitif!

Korang menipu bila...

tak kecik hati@jeles tahap gaban
bila tahu bf/gf korang
still berhubung dengan ex diorang..

Korang menipu bila...

cakap takde apa2
time korang tahu korang kena tipu..

Korang menipu bila...

tak rasa kecewa time korang dapat markah rendah,
tambah2 kalau korang memang 
dah usaha giler2..

Korang menipu bila...

cakap cite iron man & transformer tak best..
dan korang lagi menipu kalau cakap
cite hantu kak limah sedih!!

lastly,

Korang menipu bila...

cakap yang entry aku ni sikit pun takde
kaitan ngn korang semua..



hahaha...

- K - E - L - A - N - T - A - N -

- tANaH tUMpAh dARaHkU -


K - kalau

E - engkau

L - lupa

A - Allah

N - nescaya

T - tempatmu

A - adalah

N - neraka




fikir-fikirkan lah wahai anak ADAM...

- aBaNg vs aYAnG -

Memula, korang baca la dulu yerk...
Pastu, korang nilai sapa yang salah agaknya??

Memula sekali, ayang anto surat kat abang..

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini. Kereta baru abang tu mahal. Harga mencecah 100K barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu, dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Nak taw ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. Tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.

Kereta sebulan skali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pergi salon setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa-lawa. Tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada. Ayang nak makan pizza sekeping jer masa ngidam anak kedua kita abang kata ayang ngada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar abang boleh gelak.

Paling menyedihkan, ayang tanya ngape abang tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang. Kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa. Tak nak naik kereta abang takut calar. Ayang calar takpe. Jaga diri elok-elok. Sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama, sekolah buka ayang balik lah dengan anak-anak..Pesanan ayang :

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITUGOSOKKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG ITU TEMANKAH ABANG TIDUR

Love,
-ayang-

Ni si abang lak bagi...

Dear ayang,
Bukanlah abang sayang keta abang tu lebih dari ayang. Tapi ayang kena faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sape nak ganti? Abang suruh keja ayang tak nak, ayang kata nak duk rumah jaga anak, nak siapkan sarapan, nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bangun kul 12. Macam mana nak wat keja umah.

Cubalah ayang pikir mana tak nya abang tido lam keta. Abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu. Bukannya abang gi foya2 kan abang gi keja. Lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu, ayang nak piza yang di order dr jepun. manalah abang ada duit nak order. Abang bagi apam balik yang jual kat depan ofis abang ni  ayang tak nak, ayang nak jugak piza dr jepun. Nasib baik abang tak belikan, kalau tak anak kedua kita tu mesti muka cam doremon. Ish3..Tak nak abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyikan kat dapur. Ayang yang tersalah buang ingatkan sampah. Tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jek. Hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.

Sebenarnya abang sayang ayang lebih dari keta tu walau pun hantaran masa kita kawen cuma 8K. Ayang tak taw bape kali abang turun naik bank wat loan 8K. Tapi demi ayang abang wat jugak.

Sebab masa tu ayang kalau mekap memang sebijik maya karin. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dalam citer PHSM. Bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu gi cukur watpe? Walaupun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak yah nak cukur kening ayang tu.

Pasal morning kisstu, ayang bangun pun dah tengahari, nak morning kiss cam mana?Dah la ayang, abang malas nak citer.

Tpi abang nak bagi tau jugak kat sini ayang tetap no 1 dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu bebaik, ayang nak balik kampung abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam kat mak ayah kat sana. Kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangan lupa bawak balik sikit.

Kalau ada lembu  terlepas ke ayang tak yah la susah2 gi kejar lembu tu. Biar jek. Nanti abang balik kampung abang kejarkan. Bukan apa, takot lembu tu tanduk ayang nanti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital, abang kena tanduk takpe.

Jaga anak2 baik2. Jangan bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni. Nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru. Baik jaga jek yang dah ada tu. Ayang pun jaga diri baik2. Jangan sampai jatuh longkang lagi. hehe. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak wat macam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang. Dah la rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang ketawa..hahahahahahahaha!!!

Love,
- abang -


So, sape yang salah dan sape yang betul??

Boss, nak balik awal boleh??

Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari.
Sesiapa yang nak mintak balik 5 jam lebih awal hari tersebut dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh digunakan.

Haaa!!Alasannya mestilah pasal SEMBAHYANG sahaja! Lepas heboh pasal tu, ader 4 orang pekerja datang berjumpa dengan boss ni...

Mula-mula seorang kerani :

Kerani : Boss, boleh saya balik awal?Saya balik nak solat kat rumah boss, boleh tak?
Boss : Tak boleh!! kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah kat sini lagi banyak pahala!

Kemudian, datang pula seorang supervisor :

Supervisor : Saya bulih balik awai kut boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembayang zohor ke tak?Ntah-ntah dia ponteng...
Bos : Tak boleh balik!! Hang tepon saje bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib :

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal apa pulak ni?Nak balik awal jugak ker?
Pengurus : Errrr!!Ya boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa pulak engko ni?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembayang jenazah..! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak boleh!!! Itu fardu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah! Pergi buat kerja!!

Tiba pula giliran Mat Peon :

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??Ha! Kalu gitu awak baliklah..Lesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Tima kacih boss!!! Wahahahahahahahah!!


Ni balik sembayang ke apa??

Tuesday, May 17, 2011

pERwATaKaN gURu

Sempena Hari Guru semalam...masih panas lagi sambutannya..maklumlah..aku kan bakal guru..so, terasa jugalah bahang kehangatan sambutan Hari Guru dalam diri aku ni..

Ari ni aku nak bebel pasal perwatakan cikgu2 kt luar sana ataupun bakal2 cikgu yg akan wujud..

bak kata aku sendiri : GURU IALAH MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA...

so, cikgu2 kt luar sana ada macam2 perwatakan mereka...

CIKGU GARANG :
Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

CIKGU LEMBUT :
Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud aww...Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, awww, eh?Bukan!! Membentuk ketegangan dalam berjuang.

CIKGU LAWAK :
Ini kompem antara peveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

CIKGU MESRA :
Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

CIKGU PENYERI :
Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ini tidak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri. Terima kasih cikgu penyeri.

CIKGU TERSAYANG :
Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima ksih cikgu tersayang.

CIKGU TERAGUNG :
Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan dilakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah S.A.W. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.

Kalau cikgu camni korang suka tak??
kompem suka
kan??kan??kan??


(credit to ATIK )

Sunday, May 15, 2011

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusan belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Diala ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di ulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...


USMAN AWANG
1979....

:: sELaMaT hARi gURu & sELAmAT hARi cIKgU ::

Salam...

Pertama sekali aku nak mntak maaf la yerk sebab da lama tak menghapdate benda alah ni..nak kata aku ni buzy xde la sangat..cuma malas jew..hahaha...

baiklah..kita straight to da point okeyh?...

eSok genap 16 MEI 2011...bermakna kita semua akan menyambut hari guru..aku yang juga bakal seorang guru tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan perayaan ini...maklum lah..kata orang, GURU itu ARKITEK BANGSA!!... MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA..

pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih dan ku susun sepuluh jari kepada semua cikgu2 aku.. kat cikgu yg mengajar aku masa aku tadika, prasekolah, cikgu2 Sekolah Kebangsaan Tumpat, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Maktab Rendah Sains MARA Besut, Kolej MARA Kuala Nerang dan yang terkini, pensyarah2 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu..

segala jasa kalian amat saya hargai dan akan saya gunakan seluruh ilmu yang telah kalian curahkan kepada saya untuk berbakti dalam memanusiakan manusia di muka bumi ALLAH ini..

sesungguhnya bidang keguruan ini merupakan bidang yang mulia..

tidak dilupakan juga buat kawan2 yang sekarang ini bersama2 aku berjuang dalam profesion keguruan ini..
segala jasa dan pengorbanan kalian membantu aku merealisasikan impian menjadi seorang guru...

akhir kata, SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 di muka bumi ALLAH ini..
semoga kalian semua terus memperjuangkan martabat keguruan ini...

ni gambar dak2 kelas aku..PISMP Kumpulan B Januari 2010

gambar oleh : NORAIDA SELAMAT

Sunday, May 08, 2011

KeRANa diRimU bEGiTu bERhaRGa hAWa

Anda keseorangan?? Berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik hotel??

Anda perlu tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berfikir ada ke orang sedang perhatikan segala perlakuan anda...

Buat kaum hawa khususnya, berhati-hatilah bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan kemudahan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mana tu? Teruskan pembacaan anda..

Pernah terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang sedang khusyuk memerhatikan anda di sebelah cermin sana?? Akan bertambah haru-biru lagi jika gambar anda  dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..wah!!!! Sangat berbahaya!!

Oleh itu, kita perlu memastikan cermin yang digunakan itu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah sejenis cermin yang orang di sebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka..

Bagaimana kita ingin bezakannya?? Mari kita lihat foto di bawah..dan fahamlah dengan teliti demi menjaga maruah anda semua..

Ini adalah cermin biasa..Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar,
hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Ini cermin 2 arah.. Apabila anda letakkan hujung jari anda, hujung kuku anda nampak bertemu
dan tiada ruang antaranya, maka,
AWAS!! anda sedang diperhatikan!!


Foto di atas dapat memahami anda??

Jadi, berhati-hatilah anda selepas ini..Ini demi masa depan dan maruah anda!!

Monday, May 02, 2011

BiLA si aWeK mERajUk

Salam...

MERAJUK adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi ini...

-mERajUk-


Jom kita layan...zaaassssss............


1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang :
Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goalkeeper. Tidak sia-sia selalu jadi keeper masa main bola @ futsal.
(Kalau baling bom, jangan gatai-gatai nak sambut lak)


janganla merajuk sampai tepi sungai..
ada buaya..makan budak!!


2. Bila awek mula menjerit tak pasal-pasal, menengking, membebel tanpa henti :
Anda menyayilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya anda menunjukkan suara anda sehebat Yusry KRU, Black (Mentor), atau pun Jamal Abdillah.
(kalau rasa suara sumbang tu, tak payah la nyanyi, nantikan hujan pulak)


alolor..xnak la merajuk2 ea?


3. Bila awek anda tenung macam nak telan (garang la kononnya) :
Anda senyum jek, pandang si dia! Inilah masanya anda tunjuk betapa comelnya muka anda ketika senyum!
(pastikan anda menggosok gigi sebelum tu)


nape sorok muka?ada jerawat ea?


4. Bila awek anda ambil semua barang-barang dia ala-ala nak lari dari rumah :
Tolong kemaskan barang-barang dia bersama-sama. Ambil semua barang-barang dia, masukkan dalam plastik sampah kaler hitam tu. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajin, ringan tulang, dan mempunyai semangat bergotong-royong sert suka membantu.
(jangan masukkan sekali awek anda dalam plastik sampah tu)


udoh2 ler merajok tu..
kang makin cepat tua..
hehehe


5. Bila awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkn air mata :
Anda ketawalah terbahak-bahak hingga terguling-guling. Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sediih dan terluka!
(jangan pulak anda gelak masa dia sedang terluka akibat tak tahan nak buang air besar)


ha, kan lawa law xmerajok..
ni yang makin sayang ni..
hehe



Selamat mencuba!!!



p/s : cik awek jangan marah yerk..ni saya bagi cadangan untuk orang lain..bukannya saya nak buat kt awak..kalau nak try ley gak..hehe