Sunday, May 08, 2011

KeRANa diRimU bEGiTu bERhaRGa hAWa

Anda keseorangan?? Berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik hotel??

Anda perlu tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berfikir ada ke orang sedang perhatikan segala perlakuan anda...

Buat kaum hawa khususnya, berhati-hatilah bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan kemudahan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mana tu? Teruskan pembacaan anda..

Pernah terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang sedang khusyuk memerhatikan anda di sebelah cermin sana?? Akan bertambah haru-biru lagi jika gambar anda  dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..wah!!!! Sangat berbahaya!!

Oleh itu, kita perlu memastikan cermin yang digunakan itu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah sejenis cermin yang orang di sebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka..

Bagaimana kita ingin bezakannya?? Mari kita lihat foto di bawah..dan fahamlah dengan teliti demi menjaga maruah anda semua..

Ini adalah cermin biasa..Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar,
hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Ini cermin 2 arah.. Apabila anda letakkan hujung jari anda, hujung kuku anda nampak bertemu
dan tiada ruang antaranya, maka,
AWAS!! anda sedang diperhatikan!!


Foto di atas dapat memahami anda??

Jadi, berhati-hatilah anda selepas ini..Ini demi masa depan dan maruah anda!!

No comments:

Post a Comment