Monday, May 02, 2011

BiLA si aWeK mERajUk

Salam...

MERAJUK adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan tektik yang sesuai ketika menghadapi situasi ini...

-mERajUk-


Jom kita layan...zaaassssss............


1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang :
Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goalkeeper. Tidak sia-sia selalu jadi keeper masa main bola @ futsal.
(Kalau baling bom, jangan gatai-gatai nak sambut lak)


janganla merajuk sampai tepi sungai..
ada buaya..makan budak!!


2. Bila awek mula menjerit tak pasal-pasal, menengking, membebel tanpa henti :
Anda menyayilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya anda menunjukkan suara anda sehebat Yusry KRU, Black (Mentor), atau pun Jamal Abdillah.
(kalau rasa suara sumbang tu, tak payah la nyanyi, nantikan hujan pulak)


alolor..xnak la merajuk2 ea?


3. Bila awek anda tenung macam nak telan (garang la kononnya) :
Anda senyum jek, pandang si dia! Inilah masanya anda tunjuk betapa comelnya muka anda ketika senyum!
(pastikan anda menggosok gigi sebelum tu)


nape sorok muka?ada jerawat ea?


4. Bila awek anda ambil semua barang-barang dia ala-ala nak lari dari rumah :
Tolong kemaskan barang-barang dia bersama-sama. Ambil semua barang-barang dia, masukkan dalam plastik sampah kaler hitam tu. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajin, ringan tulang, dan mempunyai semangat bergotong-royong sert suka membantu.
(jangan masukkan sekali awek anda dalam plastik sampah tu)


udoh2 ler merajok tu..
kang makin cepat tua..
hehehe


5. Bila awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkn air mata :
Anda ketawalah terbahak-bahak hingga terguling-guling. Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sediih dan terluka!
(jangan pulak anda gelak masa dia sedang terluka akibat tak tahan nak buang air besar)


ha, kan lawa law xmerajok..
ni yang makin sayang ni..
hehe



Selamat mencuba!!!



p/s : cik awek jangan marah yerk..ni saya bagi cadangan untuk orang lain..bukannya saya nak buat kt awak..kalau nak try ley gak..hehe

No comments:

Post a Comment