Monday, April 25, 2011

pERaSAaN sAJe tU...




Salah sebuah sekolah menengah dari Simpang Renggam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Dalam perjalanan tersebut, berlakulah satu insiden apabila seorang daripada murid yang mengikuti rombongan tersebut berasa sakit perut hendak membuang air besar yang teramat sangat. Mahu tidak mahu, terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

"Pak cik, boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni...", pinta murid tesebut terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya..."Nak buang air besar??...Hishhh...Perasaan awak saja tu!!...", sahut pemandu  itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah bersimpati pada orang lain.

"Betul pak cik.... Saya memang betul-betul sakit perut ni..", rayu murid itu. "Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata pak cik", balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu.

"Tolonglah pak cik..", rayu murid itu terus. "Beginilah, awak duduklah belakang kerusi pak cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang  air tu.", balas pemandu tersebut.

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian, pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama makin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya kepada murid tadi.

"Eh,,,awak berak ke??Busuknya..!!"

Murid itu pula dengan selamba menjawab,"Hisshhh...Mana ada. Itu perasaan pak cik saja...Saya tak bau apa-apa pun..!!"


Bukan bas yang ini yerk!!



hahahahhaha...padan muka pemandu tu..camne la nasib penumpang bas yang lain erk?hahahaha....


2 comments:

  1. hahaha. bengong duo2. kalu aku, aku berok atah bah gitu jugok.

    ReplyDelete
  2. kalu aku aku ejah cari supik rokrak..haha

    ReplyDelete