Sunday, April 10, 2011

♥-----aBaH-----♥

.
.
.
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk bertanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih dan sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian?

Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak " Dah cakap, jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata, " Tidak boleh!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita suda dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa risau.

Setelah kita dewasa, aya telah menghantar kita ke sekolah @ kolej untuk belajar. Di saat itulah kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita daripada ayah, ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. dan akirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bangga.

Apakah kita tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan ayah pun berdoa " Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya."

Setelah itu, ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.

Oleh itu, jika kita masih mempunyai ayah, hargailah ayah kita dengan penuh keikhlasan sebelum beliau pergi buat selama-lamanya...

Jika ayah kita telah pergi meninggalkan kita, sentiasalah bersedekah bacaan-bacaan suci al-Quran dan doa-doa daripada anak yang soleh...





Semoga arwah abah, AHMAD BIN DAUD sentiasa dilindungi daripada seksaan kubur dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..amin...

( arwah abah pulang ke Rahmatullah pada : 04 Februari 2008 )





♥-----aBaH-----♥



credits to :

No comments:

Post a Comment