Tuesday, May 17, 2011

pERwATaKaN gURu

Sempena Hari Guru semalam...masih panas lagi sambutannya..maklumlah..aku kan bakal guru..so, terasa jugalah bahang kehangatan sambutan Hari Guru dalam diri aku ni..

Ari ni aku nak bebel pasal perwatakan cikgu2 kt luar sana ataupun bakal2 cikgu yg akan wujud..

bak kata aku sendiri : GURU IALAH MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA...

so, cikgu2 kt luar sana ada macam2 perwatakan mereka...

CIKGU GARANG :
Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

CIKGU LEMBUT :
Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud aww...Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, awww, eh?Bukan!! Membentuk ketegangan dalam berjuang.

CIKGU LAWAK :
Ini kompem antara peveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

CIKGU MESRA :
Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

CIKGU PENYERI :
Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ini tidak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri. Terima kasih cikgu penyeri.

CIKGU TERSAYANG :
Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima ksih cikgu tersayang.

CIKGU TERAGUNG :
Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan dilakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah S.A.W. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.

Kalau cikgu camni korang suka tak??
kompem suka
kan??kan??kan??


(credit to ATIK )

2 comments:

  1. Macam2 cikgu kan..
    aku saja jer ni tgh try....
    ko try klik link kat bawah ni... aku nk tgk bfungsi tak
    http://www.churpchurp.com/normaliza/share/proton-exora1

    ReplyDelete
  2. betul3...macam2 ragam cikgu..tapi cikgu macam mana skalipun ,mereka tetap cikgu kita..tanpa mereka kita tak kenal abc, 123, alif ba ta...

    ReplyDelete